Wednesday, July 6, 2011

Karangan Surat Cinta Buat U

Assalamualaikum.

Berapa lama agaknya kamu tidak menitipkan surat buat ibu dah ayah?  Atau Kekasih hati ataupon Sang Suami tercinta?

Saya gemar mengarang surat buat sesiapa sahaja.  Tetapi tidak pernah pula mengarang surat untuk ibu dan ayah.  Saya masih ingat kali terakhir saya mengirimkan surat cinta buat sang kekasih dalam lebih kurang 11 tahun lalu.  Semasa saya menganggur tidak bekerja hanya lepak kangkung dirumah.

Zaman canggih dan super laju ini, membuatkan karangan surat itu sesuatu perkara yang mengambil masa yang begitu lama untuk sampai ke maksud hati.  Itu baru mengarang, tidak mengambil kira lagi untuk beratur membeli setem 60 sen (saya terkejut bila poskad saya memerlukan setem 50 sen) begitu cepat masa berlalu.  10 tahun lalu saya cuma menampalkan setem 30 sen atau 40 sen.  Sekarang minimum 60 sen!

Termasuk masa untuk menghantar surat itu barangkali mencecah 4 hari bekerja.  Ha ha ha, kalau sang kekasih itu seorang yang penyabar menunggu surat kamu tidak mengapa.  Ni kalau yang asyik tak menyempat aja, tentu dia angkat phone sms atau terus buat panggilan kepada kamu.  

'You ni nak tengok wayang ke tak?'
'Sayang, you tak dapat surat i lagi ke?'

Ha ha. Harus bergaduh panjang kan.  Saya masih lagi menyimpan surat cinta saya yang dahulu.  Walaupon dia telah bahagia berkahwin dengan perempuan lain, saya tetap menyimpannya.  Dia bukanlah lelaki yang jahat.  Jarang sekali menyakiti hati.  Mungkin kerana jodoh dan takdir kami tidak sama.  So masing-masing membawa haluan sendiri.

Lewat pagi tadi, buah hati saya membuat satu panggilan telefon kepada saya.  Ini agak luar biasa, kerana dia jarang-jarang call, cuma sms sekali dua.  Itu pon cuma bertanya tentang dimana dan dah mandi ke belum. (erk) Dan adakah saya menyayanginya hari ini.  Soalan standard yang saya tidak akan terlepas mendengarnya setiap hari.

Dia memulakan perbualan dengan cerita tentang surat formal cinta saya kepadanya malam tadi.  Dia cuma memberikan lokasi coordinate GPS longitud dan latitud.  Mana mungkin saya tahu alamatnya.  So untuk memudahkan diri sendiri, saya menghantar surat melalui FB.  Dia sungguh terkejut dan sangat gembira menerima surat cinta setelah hampir 20 tahun tidak menerimanya.  Dia memberitahu, dia tersenyum panjang dengan setiap olahan ayat saya.

Surat cinta saya surat biasa.  Tentang realiti.  Bukan cerita dongeng cinderella yang membuatkan kita terleka dan terlena kebahagiaan.  Bukan juga surat menjanjikan intan permata (DeGem atau Diamond and Platinum) :P

ada diamond dan platinum
Ok, berhenti berangan.  Mungkin setelah kita meninggalkan zaman batu dulu, kita kembali merindui saat menghantar surat.  Saat menunggu posmen di depan rumah setiap hari.  Saat beratur panjang hanya untuk sekeping setem.  Saya suka menghantar poskad dan menyatakan betapa saya rindukan si kekasih.  Saya masih terbayang-bayang wajah gembira ketika menerima walau sebaris ayat di atas poskad.

Sangat romantik saat-saat lalu itu.  Sekali lagi saya perasan.  Sungguh saya rasakan getaran dihati setiap kali membaca beberapa baris kata dari si Dia.  Walaupon hanya bercerita tentang kehidupan seharian.  Setiap momen itu sungguh luar biasa.  Terasa ada burung-burung sedang berkicauan, memandang pelangi yang entah dari mana, dengan rama-rama berterbangan.  Memang macam cerita cinderella.  Kan?

Oleh kerana sang buah hati tidak membaca blog ini.  Saya dengan bersenang lenang menulis apa sahaja tentang apa rasa saya.  Syukur dia tidak membaca, kalau tidak pasti dia menggelarkan saya Jiwang Karat.  Orang kata momen bercinta adalah saat yang paling bahagia.  Ye ker?

Owh lupa, buah hati saya kata, budak-budak sekarang suka menulis (samada blog, msg, sms) dalam bentuk begitu ringkas sehinggakan tiada lagi bait-bait seni setiap ayat yang dituturkan (tutur ke taip?):P

Dia sukakan tulisan saya yang penuh tanpa menggunakan shortform. Ha ha, mungkin kerana saya seorang yang sangat formal.  Atau saya sangat rajin menaip satu satu perkataan sementelahan saya seorang yang laju gila bila menaip kertas kerja.

Satu entri panjang boleh disiapkan dalam masa 30 minit.  Dengan beberapa kesalahan tatabahasa namun jarang menggunakan shortform (sekali lagi pujian untuk diri sendiri).

Menulis blog saya ibaratkan seperti menulis kepada kekasih.  Ya kamu semua yang membaca adalah kekasih hati saya dia alam maya.  Kamulah yang setia dengan setiap hasil karya saya yang entah setanding atau tidak dengan A Samad Said (dia kena jumpe Agong kan?) :P

Oklah.  Saya dah siapkan mukaddimah, isi karangan sekarang kita beralih kepada kesimpulan lalu penutup karangan.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar rakan-rakan seperjuangan blog (ada ke ayat ini) saling menggunakan bahasa normal dan tulis secara penuh tanpa shortform agar bahasa kita tetap kekal seperti ini.

Jangan jadi seperti indonesia semua ingin di pendekkan.  Sehingga saya terkesima bila dia sebut Air Abokad (Air Avocado) lihat?  Maaf ya pembaca dari seberang.  Mungkin budaya kita hampir sama tapi, bab memendekkan bahasa itu, saya secara peribadi tidak menggemarinya.


p/s : buah hati kata dia bakal balas surat saya dengan karangan surat cinta juga.  nanti saya kabarkan kepada kamu.
Till pen meets paper again.

No comments:

Flickr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...