Thursday, March 24, 2011

Siapa pernah memfitnah dan mengumpat?

Salam semua, (macamla ramai yang baca kan?)

Berbicara tentang fitnah dan mengumpat ini rata-rata cuba sedaya upaya meyakinkan diri sendiri bahawa tidak terlibat dengan kedua-duanya.  Masakan tidak, fitnah dan umpat adalah berdosa disisi Islam.  

Siapa berani mengaku dia tak pernah mengumpat atau memfitnah seseorang yang lain?  Ada berani? dan ada tak yang faham benar-benar maksud sebenar fitnah dan mengumpat itu?

Maksud fitnah ialah perbuatan yang disusuli dengan kata-kata yang menyakitkan serta berniat jahat terhadap seseorang hasil dorongan perasaan dengki dan irihati terhadap orang yang difitnah. Sumber

MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH. sumber

Kalimah Fitnah الفتنة dalam bahasa arab bermaksud: Ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar berkata : Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار (ujian) dan الإمتحان (ujian) Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:

“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”

Adapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:

“Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.”

manakala,

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Sumber

So, fitnah dapat disimpulkan dengan maksud secara amnya adalah perbuatan memceritakan tentang sesuatu yang tidak benar mengenai sesuatu perkara yang buruk dan mengumpat pula adalah perbuatan menceritakan sesuatu yang benar mengenai sesuatu perkara yang buruk.

Ok, ada apa-apa soalan? Mudah saja nak tau tentang fitnah dan mengumpat ini.  Perkara-perkara tak elok tentang manusia yang lain dan diceritakan dan disebarkan dengan bertujuan atau tanpa tujuan memburukkan si pelaku.  

So, pernahkah saya mengumpat?  Pernah.  Masakan tidak pernah.  Tetapi, sehingga sekarang saya amat menyesali perbuatan itu.  Pernahkah diumpat dan difitnah.  Sungguh la pernah.  Serius.  Saya amat tidak popular, dan kebarangkalian di umpat dan difitnah amat rendah.  Huhuhuuh, tetapi terkadang terdengar juga dibelakang, orang lain menceritakan perihal kita, samada yang benar atau tidak.

Sehingga kini, saya masih memohon ampun dari rakan-rakan sekerja ataupon sekolah dulu kerana tidak ingat samada pernah atau tidak mendengar atau bersekongkol memfitnah serta mengumpat mereka.  Kepada kawan-kawan, saya memohon ampun secara terbuka.  Namun, terkadang saya tidak terkecuali terdengar rakan-rakan bercerita tentang rakan-rakan yang lain kebiasaannya cerita tentang kekurangan serta keburukkan. So, kalau kamu semua pernah mengalami situasi begini, apakah tindakan kamu?  Saya sering mengingatkan rakan-rakan agar berhenti bercerita tentang orang lain dan cuba bercerita tentang diri sendiri sahaja.  Saya selalu terasa dipinggirkan kerana menegur perilaku kawan-kawan, namun saya tetap tidak endah dan berterusan mengingatkan.

Tidak dinafikan saya juga terkadang terlepas kata tentang seseorang yang lain, entah mengapa ya, mudah sangat lidah perempuan ini memperihalkan tentang orang lain.  Benarlah kata Nabi terakhir, wanita merupakan golongan yang bakal meramaikan ahli Neraka.

Benarkah Dato' Sri A.I melakukan perkara tersebut?  Latest Issue ni.  Ini antara pertanyaan kawan-kawan dan keluarga yang mahukan pendapat peribadi saya.  Jawapan saya mudah, kalau Dato' Sri A.I sendiri yang mengaku dihadapan saya, barulah saya boleh menjawab soalan tersebut.  Sekiranya tidak, aduh, sungguh hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Ada benarnya kata-kata kakak saya, jikalau sekiranya benar si A.I tidak melakukannya, berapa banyakkah pahala kita semua yang disedekahkan kepada beliau.?  Dan berapa bebannya dosa memfitnah terhadap beliau itu?  Tegarkah kita memohon kemaafan?

Agak berat isu yang saya bawa kali ini.  Tapi ia memang perkara yang berlaku sehari-hari.  Tidak mengira status dan kedudukan, pasti pernah difitnah dan memfitnah atau mendengar fitnah serta umpatan.

Kesimpulan?

Tepuklah dada tanyalah Iman.

No comments:

Flickr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...